Friday 27 May 2011

~terima kasihya ALLAH~

hari selasa lalu akid ada temujanji bersama pakar saraf....alhamdulillah perkhabaran yg positif buat kami tntang akid...doc kata brain tissu akid semakin berkembang hasil pemasangan tiub shunt selepas beberapa minggu kelahiran akid kedunia ni...doc tunjukkan kami perbezaan diantara brain tissu akid sebelum dan selepas tiub shunt dipasang...memang banyak kelainan yg kami lihat...semasa lahir air banyak dalam kepala akid menyebabkan tissu otak akid tidak mampu untuk berkembang...selepas tiub shunt dipasang barulah brain tissu akid dapat berkembang waalupun agak lewat kerana lebihan air tadi akan dibuang melalui tiub yg dipasang terus ke saluran kencing akid...seribu kesyukuran mama panjatkan pada ilahi..terima kasih YA ALLAH untuk semua kegembiraan ini....terasa bahagianya hidup mama selepas mendengar khabar gembira ini...tak sabar rasanya ingin pulang menyampaikannya pada seluruh ahli keluaraga...sebelum kami keluar dari bilik doc sempat jgk beliau berpesan pada kami....beliau titipkan kata2 semangat buat kami supaya kami banyakkan bersabar dan kuat dalam membesarkan akid...beliau yakin akid anak yg kuat dan mampu berjalan satu hari nnt....beliau nmpak satu kekuatan dalm diri akid....insyaallah akid boleh buat..kami keluar dari bilik doc dengan satu harapan ...dengan satu kekuatan baru..dengan seribu  kegembiraan....dalam kereta pun kami masih tersenyum diiringi doa yg tk putus buat permata hati kami rayyan akid...sepanjang perjalanan pulang bermacm2 perkara yang mama ingat semasa menuggu giliran kami diklinik neurosurgery tadi....diantaranya...mama lihat kekuatan seorang ibu yg terpaksa melayan kerenah ank2nya....seorang dilahirkan sempurna dan seorang lagi dilahirkan istimewa spt akid...mama kagum dengan kekuatan ibu tersebut kerana mampu membawa ank2nya seorang diri tanpa suami disisi..tidak pasti kenapa krn mama takut untk bertanya...mungkin si ayah ada perkara lebih penting untuk diuruskan...(penting sangat ker?mama pun tk pasti)dalam masa menuggu...anak comel mama ni pun tak lepas dr menonjolkan diri...mood akid ms tu dlam keadaan yg terlalu baik...akid menjerit2 jerit diselang dengan gelak tawa..org disekeliling mnumpukan perhatian pada akid...mereka turut tersenyum dengan gelagat akid...ada yg bertanya tentang akid..ada yg sekadar memberi senyuman dari jauh..mungkin mereka ingin tahu tentang  sakit akid..krn akid kelihatan spt seorang yg sihat tp...mengapa akid berada diklinik ini?????pada yg bertanya mama ceritakan pd mereka satu persatu perihal akid....supaya mereka tahu..biar tiada lg persoalan yg bermain2 diminda mereka....supaya mereka jg akan kuat spt mama....tiba2 telinga mama ni tk sengaja terdengar  perbualan telifon diantara seorang ayah bersama rakannya..si ayah mengajak rakannya kerumah mlm itu kerana beliau akn mengadakan kenduri tahlil untuk anknya yg baru sahaja pergi menghadap ilahi....tersentuh rasa hati mama...mama bacakan al-fatihan buat anknya walaupun mama sekadar terdengar perbulan telefon shj....semoga roh bayi itu dicucuri rahmat...beruntunglah kedua2 mereka kerana ada yg menuggu diakhirat kelak..walaupun didunia ini mereka kehilangan org yg disayangi..diakhirat kelak hanya ALLAH yg maha mengetahui.mama beruntung keranaALLAH masih dipinjamkan akid buat diri ini..kerana masih diberi keprcayan untuk terus membesarkan akid dan mendidik akid sehingga akhir hayat akid nnt...terima kasih YA ALLAH atas kurniaan mu yg tak terhingga ini....terasa jauh perjalan untuk pulang....tak sabar rasanya ingin pulang untuk berjumpa dengan mereka dirumah......moga2 hari2 yg mendatang akan ada berita yg lebih positif buat kami...insyaallh..
p/s:gambar semua dalam henset babah...babah belum balik..nnt bbh balik mama akn kongsikan detik2 gembira ini..

1 comment:

  1. saya pun pernah kehilangan anak sulung, syarif pengganti kami,nnt rajin2 mama akid selak2 la blog saye ye, thanks sbb rajin bg komen

    ReplyDelete