Thursday 14 April 2011

~6 kad temujanji dan sebuah keluarga bahagia~

inilah hikmahnya bila mama tidak ditentukan oleh pemilik dunia ini untuk bekerja dengan seseorang majikan...baru mama tahu ALLAH nak mama sentiasa menjaga akid..beri tumpuan sepenuhnya pada akid...tak perlu bersusah payah minta cuti untuk membawa akid berjumpa pakar....setiap bulan 6 kad temujanji ini menanti akid....walaupun kadang2 terasa letih tapi mama perlu kuat untuk kepentingan akid....babah amanahkan mama untuk penuhi setiap temujanji bersama pakar...babah tidak berkesempatan melakukannya kerana komitmen kerja.....kecuali kalau penting babah akan minta cuti....walaupun kadang2 benda yg sama kami dengar takpe janji kami tahu akid sihat....kalaulah dulu mama kerja mungkin pening kepala mama memikirkan siapa yang boleh ganti tempat mama untuk bawa akid bertemu pakar...harapkan adik2 mama semuanya masih bersekolah..yelah mama anak permpuan yg sulung so.. tanggungjawab sebagai anak pun terpikul pada mama...adik beradik babah semua jauh2 dah sudah berkeluarga...bersyukur pada yang maha esa kerana memudahkan segala perjalan hidup kami walaupun dengan kehadiran akid kedunia ini...selepas akid lahir melihat dunia ALLAH ini mama rasa semua perkara yang mama lakukan terlalu mudah...segala benda yang mama buat menjadi.. mungkin ini hikmahnya kelahiran akid kedunia ini.....alhamdulillah rezeki kami murah dan ALLAH permudahkan segala2nya....dulu sebelum berumahtangga jiwa mama kosong tanpa apa2...selepas kenal babah mama rasa bahagia...tambah2 lagi ada akid disisi kami.. hidup kami sekarang lengkap dan terlalu indah..susah untuk digambarkan dengan kata2...walaupun tanggapan orng sekeliling terlalu negatif...tapi kami yang rasa bukan mereka...kami yang tahu kehidupan kami...mereka sekadar meneka tanpa bukti....sekarang mama teringin rasanya memberitahu seluruh dunia bahawa kami adalah sebuah keluarga yang terlalu bahagia...gembira... walaupun dengan anugerah anak sperti akid.....kebahagiaan ini akan kami perkuatkan lagi dengan kesabaran dan sifat bertolak ansur sesama sendiri sehingga akhir hayat kami...semoga ALLAH mendengar rintihan ini.dan permudahkan segala2 pada kami...amin

kad temujanji akid bersama pakar...


walaupun kadang2 mama terasa penat...melihat akid suka mcm ni semua kepenatan  hilang sekelip mata

seluruh dunia dengar sini...kami adalah sebuah keluarga yng bahagia..doakan kebahagiaan kami sehingga akhir hayat kami...

tiada kata yang mampu diucap....

dengan kehadiran kalian hidup ini terlalu indah....

senyuman dari bibirmu adalah penguat semangatku...

melihat kamu tertawa...terasa dunia sekali tertawa....

1 comment:

  1. slm nk tya la mama akid. akid skrg umur bape? badan dia senget sebelah x? nmpk cam my darwisy..tp x sure.bdn pun cam, drwisy tp 2-3 bln ni dh byk trun

    ReplyDelete