Wednesday 6 July 2011

~perasaan yang sama~

Berita tentang anak kenalan lama menyentuh hati dan perasaan mama....lama kami berbual di talian...dia bercerita perihal anak ke-3nya yg baru berusia 5 bulan yang diacnos doc bahawa terdapat lendiran diatas kepala anak kecil itu....telinga anak itu mengalir cecair darah dan nanah...si ibu teresak2 bercerita perihal anaknya...mama katakan pada beliau bahawa mama pernah merasa dan masih terasa tentang perasaan yg beliau rasai sekarang...mama titipkan keatas beliau kata2 semangat supaya beliau bangkit..supaya anak kecil itu kuat...kerana mama tahu kekuatan seorang ibu adalah kekuatan bagi seorang anak juga...jika si ibu tewas dalam menempuh alam perasaan sendiri maka tewasla anak itu dalam menempuh kesakitan yg dialaminya....mama juga spt si ibu yg dulunya tidak sanggup menghadapi situasi spt sekarang..hanya linangan air mata yang menjadi peneman dikala hati ini hancur...tapi mama sedar dan terus bangkit setelah melihat penderitaan org lain yg lebih lg....mama katakan pd diri ini bahawa kenapa aku harus sedih dan lemah dlam menghadapi dugaan ini sedangkan mereka lebih lagi nasibnya dari aku... tapi mereka kuat dan terus kuat dalam menempuhnya...kenapa aku tidak  boleh jd spt mereka...seharusnya mama bersyukur dengan dugaan ini kerana ALLAH masih sayangkan mama...ALLAH taknak mama tersesat jauh mencari jalan keluar...ALLAH nak mama sentiasa mengigatiNYA...sentiasa memohon pertolonganDARInya...kerana dia adalah maha segalanya2...dialah tempat kita mengadu segala masalah..dialah tempat kita meminta...dialah hakim..dialah pengarah dalam drama yg kita jalani...dan dialah yg tahu apakah episode kehidupan kita dimasa hadapan.....bila mama sentiasa berfikiran positif mama dapat rasa segalanya2 berjalan dengan lancar..mama dapat rasa sedikit demi sedikit perubahan akid..mama dapat rasa sesuatu yang terlalu bahagia....bila mama kuat mama dapt lihat akid kuat dan akan terus kuat.......buat sahabat mama..bersedialah dalam menghadapi segala kemugkina kerana persediaan kita antara kita sedar atau tidak hanya DIA yang mengetahuinya...menangislah semahunya kerana dengan menangis hati ini akan lebih tenang....mengadulah dengan DIA yang maha kaya..kerana DIA sahaja yang mampu mendengarnya...semoga si kecil akan jadi kuat menempuh kesakitan yg dialaminya....semoga ibunya menjadi ubat dan penawar dikala sikecil itu  dalam kesakitan.....

kekuatan itu datang dari diri kita...

4 comments:

  1. REDHA...
    Itulah jalan yang terbaik.Setiap apa yang ditentukan olehNYA pasti ada hikmah dan ganjaran disebaliknya.
    Semoga kawan ila terus kuat dan kuat demi anak kesayangannya.Iyer..'kekuatan ibu memberi si anak semangat melawan kesakitan'.Oleh itu, harap dia jangan patah semangat.

    ReplyDelete
  2. ibu aisya:itu lah yang saya sering katakan padanya...biasalah ibu aisya..mula2 mungkin dia dalam dilema...hati pun tak tentu rasa..insyaallh saya yakin dia kuat...seperti "kita" insyaallah..

    ReplyDelete
  3. semoga kalian redha dan tabah...

    ReplyDelete
  4. kekuatan tidak datang 'hari ini'....hanya kerana berlalu sudah 'semalam'.....namun kekuatan perlu datang untuk 'esok'...untuk yang tersayang...dan yang menyayangi...dalam menuju redha Ilahi....

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

    wallahu'alam...

    ReplyDelete