Sunday 24 July 2011

~ketentuan ALLAH~

bercerita pasal kematian...semua orang akan meniggalkan dunia ini...bila?..dimana?...tiada siapa yang tahu...apa yang tersurat disebalik yang tersirat itu adalah ketentuan tuhan...kita manusia hanya merangcang selebihnya  DIA yang maha berkuasa...semalam melalui status seorang sahabat di fb....mama diberi tahu bahawa rakan seperjuangan mama semasa mama belajar di ikbn alor gajah melaka...sesi 0204....telah pergi meninggalkan kami didunia ini...melalui rakan mama pemergian beliau disebabkan oleh serangan asma...mama tak pasti betul ke tak.....baru2 ni mama lihat gambar2 beliau bercuti di bukit gambang dengan begitu gembira sekali...tapi siapalah kita untuk menentukan apa yang bakal terjadi....selepas membaca status tersebut mama sedekahkan al-fatihah buat beliau semoga rohnya tenang disana dan ditempatkan dikalangan org2 yang beriman... hati ini sayu tiba2......fikiran ini terbang melayang mengingat kembali detik2 perkhabar doc tentang umur akid...tentang persediaan yang perlu kami buat....tentang sebuah hakikat yang perlu kami terima...tentang perasaan seorang mama yang perlu menangis....memendam rasa untuk menerima hakikat bahawa permata yang dikandung selama 9 bulan akan pergi dan hilang didunia ini.....tapi itu semua hanya tafsiran seorang doc yang bertauliah..doc bukan tuhan untuk menentukan segala2nya...doc jg spt mama...spt babah...dan spt akid   yang akan pergi meninggalkan dunia ini bila2 masa sahaja...sampi hari ini dan mama akan terus berdoa supaya permata hati mama ini akan terus bernafas dibumi ALLAH ..akan terus sihat...akan terus berjalan untuk bersama2 kami dalam melayari bahtera sebuah keluarga yang bahagia...yang kuat...yang dirahmati ALLAH hingga hujung nyawa kami...benar lah kata seorang sahabat..."ketentuan tuhan adalah rahsia darinya"

~~~~~SEMOGA ROHNYA TENANG DISANA AMIN~~~~


1 comment:

  1. Semoga akid dipanjanggkan usia.. Memang anak2 istimewa biasanya diberi usia yg sedikit supaya kurang derita yg mereka alami..Kita hy mampu berdoa.. kata2 doc itu cuma jangkaan. Kita jaga yg teristimewa kita sebaik yg kita mampu ok..

    Al-fatihah buat sahabat mama akid..

    ReplyDelete