Tuesday 3 May 2011

~buat rakan-rakan blogger yang dikasihi~

BALADA RINDU

DAHLIA SAYANG
Buat rakan blogger terutama dahlia sayang & balada rindu terima kasih diatas entry didalam blog kalian tentang kekuatan seorang anak anugerah istimewa seperti akid...atas sokongan kalian sebenarnya adalah sinaran baru buat kami untuk terus menjaga anak ini..untuk terus mencari penawar yang terbaik buat beliau yang kadang2 kami terleka dengan janji kami kepada tuhan...bila ditanya tentang dari mana datangnya kekuatan dalam diri kami... yang begitu kuat menerima anak seperti akid.. jawapnya... kerana akid adalah anugerah yang tak terhingga buat kami...dialah darah daging kami yang kami rasa sesuatu keinsafan buat kami...yer.. kadang2 kami terlena dibuai mimpi duniawi. tapi kami cepat tersedar dari mimpi ini bahawa kami perlu kuat dan tabah serta redha dalam menerima beliau menjalani kehidupan bersama-sama kami...kami tahu ALLAH sentiasa ada bersama2 kami...kelahiran akid kedunia ini begitu dinantikan oleh mama dan babah yg baru spt kami....siapa yang tak nak anak yg comel..yg cerdik..sempurna serba serbi...tapi kita bukan tuhan untuk menetukan apa yang patut kita miliki...kita hanya hambanya yang harus redha dalam pemberian dari ilahi...tak terjangka hatta terfikir difikiran kami dikurniakan anak spt akid....yang ada hanya seorang bayi comel...memiliki sifat2 sebagai seorang manusia yg sempurna...bila anugerah ini dikurniakan buat diri dan kehidupan kami, kami harus menerimanya...kami harus redha.. kerana kami tahu ada sesuatu hikmah disebalik semua ini....kelahiran akid kedunia ini telah menginsafkan kami..telah mendekatkam kami kepada ALLAH...telah mengajar kami tentang tuntutan seorang hambanya yang perlu meminta...meminta untuk disembuhkan..meminta untuk diberi kekuatan..meminta untuk diberi kebahagian di dunia dan di akhirat... meminta untuk menunjukkan kami jalan yg lurus supaya kami tidak terpesong kejalan yg bengkok..terima kasih buat rakan2 blogger yg lain jugak, kerana sudi menjadi rakan blog ini...semoga kita sama2 menjadi manusia yang tabah..kuat serta diredhai dunia dan akhirat..amin

7 comments:

  1. Salam mama akid..
    Setiap ibubapa mengidamkan seorang anak yang sempurna namun Allah lebih mengetahui setiap apa yang direncanakan.Saya pernah dulu jatuh tersungkur namun alhamdulillah saya xterus terlentang.Saya cuba bangkit walau sakit, pedih dan sering berendam airmata.Insyaallah, moga kita sama-sama diberi kekuatan dan lebih kesabaran dalam menjaga dan merawat anugerah istimewa ini ;)

    ReplyDelete
  2. sabar lah kak..ade rezeki untuk akid nanti :) aida pon tak tau nk cakap ape...ape pon kalau ade ape2 jgn simpan sorang2. share dengan kami k...
    sayang akak..

    ReplyDelete
  3. perjalanan kehidupan....biar pun begitu 'payah'...untuk terus 'tabah'....tatkala mendepani segala ketidaktentuan...ketidakpastian....yang 'terhidang' sebagai 'santapan'....

    sehingga biar bagaimana 'hebat' pun 'dikemudi'...bagaimana 'lengkap' pun yang 'disedia'...sanggup 'dikorbankan' apa sahaja....yang 'termampu' dilakukan...tetap yang 'dituntut' adalah untuk lebih 'tabah'...lebih 'bersedia'...

    dan pabila tiada lagi 'daya'...sehingga tiada apa lagi yang 'mampu' untuk 'dihadamkan'....selain untuk terus mempertahankan...suatu kepercayaan dan keyakinan....

    Dia tidak akan sesekali memungkiri janji.....dan Dia tidak akan sesekali menzalimi....

    semoga tiap hati yang teruji dan diuji....dipermudahkan urusan dunia akhirat....diberikan jua kekuatan....serta perlindungan....dalam menghadapi tiap ujian yang ditentukan oleh-Nya...

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

    wallahu'alam..

    ReplyDelete
  4. buat ibu aisya: terima kasih atas sokongn..membaca blog ibu aisya sebenarnya mmbuatkan saya kagum dengan ibu aisya..ingin menjadi sekuat ibu aisya.....moga2 saya sekuat ibu aisya..

    ReplyDelete
  5. aida hashim:insyaallah aida...sebenarnya dengan adanya blog inilah teman menangis ketawa akk bersama2 kalian..

    ReplyDelete
  6. salam insan kerdil:benar kata anda ketentuan ALLAH adalah rahsia ALLAH yang kita sebagai umatnya tidak tahu...

    ReplyDelete
  7. walaupun kita diuji dengan ujian yang berbeza namun hati kita ttp sama.. laluinya dengan tenang dan penuh kesabaran walaupun kdg kala tumpah jua airmata ini ke bumi... kita insan yang terpilih... insyallah..

    ReplyDelete