Monday 31 October 2011

~Bayi Baik Tidur Dalam Dakapan Ibu~

CAPE TOWN 28 OKT:kaum ibu dinasihati tidur sekatil dengan bayi mereka sehingga bayi mereka berusia sekurang-kurangnya tiga tahun kerana ia baik untuk kesihatan bayi.Nasihat kontroversi itu dikeluarkan oleh pakar pediatrik yang mendapati bayi-bayi berusia dua tahun yang tidur bersendirian tidak dapat tidur dengan nyenyak berbanding bayi yang tidur dalam dakapan ibu mereka.Menurut Dr.Nils Bergman dari universiti Cape Town,Afrika selatan,kajian yang mereka jalankan mendapati jantung bayi yang tidur bersendirian akan berada dalam keadaan lebih tertekan.Bergman berkata,bayi yang baru lahir dinasihati tidur dalam dakapan ibu mereka untuk tempoh beberapa minggu dan kemudian tidur di katil ibunya sehingga berusia tiga hingga empat tahun.Kajian tersebut turut mendapati bayi yang tidur bersendirian susah untuk rapat dengan ibunya dan perkembangan otak mereka juga akan terganggu.Gangguan tidur pada usia yang masih kecil berkemungkinan akan menyebabkan mereka mempunyai kelakuan yang tidak baik ketika besar nanti.katanya.........

PS:DULU MASA BABY AKID TAK MO BILA MAMA PELUK..TAPI SEKARANG BILA MAMA TAK PELUK DIA TAK DAPAT TIDOLAH JAWAPNYA...
MASA KAT HOSPITAL KENA DEMAM...

Friday 28 October 2011

mengandung sekali lagi??????insyallah..

FOBIA....itulah sisa-sisa perasaan yang masih terbendung dalam diri ini...bukan menolak rezeki ALLAH..malahan menidakkan ketentuaannya....siapa taknak anak yang sempurna...berlari..bermain dan berdiri diatas usaha sendiri....teringin malahn tak sabar untuk medapatkanya..tapi kami berilah masa...berilah kami ruang untuk kembali kuat..untuk kami kembali bangun....selepas dikurniakan anugerah tak terhingga ini...kami harus menjaganya dengan teliti..kami harus mencurahkan segala kasih sayang buatnya...tidak mahu nnt kasih sayang ini berkurang...tidak mahu nnt tiba2 terlupa tentang apa yang selalu kami lakukan untuknya....insyaallah jika ada rezeki buat kami...kami akan terima...bukan tak ada yang bertanya malahan ada yang sampai bermimpi kami dikurniakan anak lagi..terima kasih diatas keprihatinan itu...kalau bukan sekarang mungki nnt..berilah kami masa....bila melihat sekeliling kami yang menanti kelahiran anak kedua rasa bahagia itu spt kami yang rasa.....pernah jua perasaan ini dicurah pada si suami....jawapan yang pasti sudahkah bersedia dari segala sudut mental dan fizikal....jika semua dah ok...dia takde masalah... malahan tak sabar untuk menambah anak lagi...apa yang pasti ini semua ketentuannya...kami hanya mampu merancang hanya ALLAH sahaja yang berhak menentukan...

Monday 17 October 2011

~tatkala dia tersenyum~

siapa sangka siapa menduga...bayi secomel ini ada cerita disebaliknya...ada air mata dibelakang kisahnya....bila dia tersenyum semua kenangan itu seakan lenyap berlalu pergi....bila dia tersenyum terasa berat ingin meniggalkannya pergi....disebalik senyumannya tersemat cerita penderitaan sewaktu dia lahir di bumi ini....runtun hati ini bila teringat kepayahan dia dalam melawan segala kesakitan yang tidak dapat diluahkan dengan kata2...apa yang mampu kami sebagai ibu dn bapa lakukan hanya mampu berdoa dan buat yang terbaik untuknya...kami tidak merasa apa yang dia rasa......dan.sekarang bila semuanya seakan hilang....bila  dia tersenyum hati ini pula menangis bukan kerna sedih bukan kerana sesal...tapi lebih kepada gembira lebih kepada bersyukur diatas segala nikmat ini..nikmat merasa melihat dia tersenyum girang..nikmat merasa memegang dan memeluk dia dengan erat....nikmat merasa menjadi mama kepadanya....nikmat merasa bertapa agungnya ciptaan TUHAN buat kami....tapi sesekali terlintas jua dibenak fikiran kami sbg ibu dn bapa jika dia spt org lain...tapi inilah dikatakan ujian dan bila kami diuji kami harus menerima ujian ini bukan sbg balasan...bukan sbg hukuman tapi sebagi seorang hamba yang terpilih...tapi sebagai seorang hamba yang disayangi....bila merenung dalam mata anak ini...ingin rasa meluahkan bahawa dia lah segala2nya untuk kami...dialah peringat kami tentang apa yang kami lakukan...dia bidadari syurga yang dipilih buat kami...